Hi & Assalamualaikum..
Sampai mati aku akan ingat kamu..
Sampai mati aku takkan melupakan apa yang telah kamu lakukan terhadapku..
Sampai mati aku tidak ingin mengetahui apa-apa tentang hidupmu..
Sampai mati aku tidak akan pernah menghubungi kamu..
Sampai mati aku berharap aku tidak akan pernah lagi berjumpa kamu..
Kerana apa??
Kerana dulu aku pernah ikhlas mencintai & menyayangi kamu sepenuh hati..
tapi aku diperbodohkan & dipermainkan sesuka hati..
Dan kini, aku membenci kamu sepenuh hati..
Aku tidak ingin peduli tentang kamu lagi..
Biar sahaja ternoktah begini..
Kamu hampir sahaja menghancurkan hidup aku..
Ya..hampir sahaja..
Mengambil kesempatan di kala aku sedang rapuh & tanpa hala tuju..
Tapi aku bersyukur...
kerana Allah SWT itu lebih menyayangi aku..
Dia lindungi aku daripada orang seperti kamu..
Dia berikan aku kekuatan & ketabahan untuk menghadapi semua ini..
Dia hadirkan seseorang yang layak untuk bersama aku di saat aku hampir rebah..
Yang sedia menerima segala kekurangan dan keburukan aku..
Yang sedia mendengar aku menangis & sama sama menangis dengan aku walaupun hatinya terluka..
Yang sentiasa berusaha untuk berada di samping aku walau aku sentiasa menjauh & menolaknya ...
Yang tidak henti-henti memujuk aku agar terus tabah di atas segala Ujian-Nya..
Tidak seperti kamu yang bermulut manis & bermuka-muka..
Serta selalu berdusta untuk menjaga hati aku..
Tiada lagi ruang untuk kamu dihati aku,
Kamu tidak layak sebenarnya menjadi orang yang diingati & dipeduli dalam hari-hari aku,
Kerana selama ini kamu hanya menyakiti aku,
Hatta sebuah kemaafan sekalipun, kamu tidak layak,
Selama ini aku layak untuk bahagia,
Tapi kamu sekat aku dari bahagia,
Selama ini aku mampu untuk hidup tanpa kamu,
Tapi kamu sekat aku dari terbang jauh,
Kamu egois.. kamu kejam..
Bagi kamu, hanya kamu sahaja yang berhak bahagia..
Kamu bahagia dengan yang lain, tapi kamu masih mahu aku,
Adilkah begitu?
Dan kini apabila kamu telah bahagia, semudah itu kamu tinggalkan aku,
sedangkan selama ini aku sentiasa ada disisi kamu.. untuk kamu,
Aku tanya sahabat aku yang mengetahui cerita aku & kamu,
Ya.. Dia kata memang wajar untuk aku tidak memaafkan lelaki seperti kamu,
Dan memang wajar untuk aku membenci kamu separuh mati..
Aku seharusnya bersyukur di atas perpisahan ini..
kerana apa??
Kerana Allah SWT menjauhkan aku dari orang yang tidak tahu menghargai seperti kamu..
Allah SWT menjauhkan aku dari orang yang tidak berperasaan, kejam & tidak bertanggungjawab seperti kamu..
Allah SWT menjauhkan aku dari lelaki yang suka mempermainkan perasaan wanita seperti kamu...
Kalau dalam bercinta pun masih tidak lagi setia, tak mustahil kamu juga akan melakukan perkara sama di masa akan datang..
Terima kasih Allah SWT..
Terima kasih di atas segala-galanya..
Ingat aku sampai mati..
Perempuan ini yang dahulunya pernah mencintai & menyayangi kamu sepenuh hati,
Yang kamu sentiasa cari di saat aku menjauh darimu,
Yang kamu peduli hanya di waktu-waktu tertentu dalam hidupmu,
Yang sentiasa mendengar segala cerita & luahan dirimu,
Teman pengisi kesunyian kamu, rahsia kamu, sedih kamu, luka kamu,
Yang selalu ada di dalam hidupmu walau seringkali terluka,
Yang sentiasa bertahan untuk membahagiakan kamu,
Kini telah membenci & tidak akan peduli kamu lagi,
Dan tidak akan pernah hadir dalam hidup kamu lagi,
Hingga hujung nyawa nanti,
Kerana hatinya parah sekali..
Baginya kamu telah mati..
You treat me like an angel, I'll show you what heaven's really like.. You treat me like a devil, I'll show you what hell is..
p/s: Bukan aku tidak boleh menerima takdir.. tetapi takdir ini terjadi kerana keputusan kamu.. Aku salahkan kamu.. Dan aku salahkan diriku kerana terlalu mudah mempercayai & diperbodohkan kamu.. tapi aku tahu.. Lama-lama nanti aku akan redha.. Allah SWT bagi aku ujian ini sebab Allah SWT sayang aku.. i'm stopping myself from holding on to something that hurts me & make rooms for what feels good.. Sometimes Allah doesn't give me something I want, not because I don't deserve it, but because Allah SWT know that I deserve more.. and I know that I deserve more.. Allah SWT is on His way to give me a lot of awesome people & things in future.. and i can feel it.. InsyaAllah, I will learn to appreciate the things that i already have, take a good care of people in my life now, and give the best in my life..i'll show you my life is much more better without you.. & you won't be the reason behind of my succesful & happy life in future.. i don't need negative people in my life.. I'm removing you.. & I will survive without you.. and for the sake of Allah SWT, i'll love the man that i'm going to marry.. maybe he's not handsome like you & have the qualities that i dreamed of a guy, but surely he has one quality that every woman need thay you never ever had.. a LOYALTY.. and a heart to only one woman.. and a thoughts for only one woman.. dear MKH, I'll love you for the rest of my life.. dijalan yang diredhai Allah SWT.. InsyaAllah, our journey will end soon.. Thank you Allah SWT.. Alhamdulillah for everything.. (^_^)