Tuesday, October 28, 2014

How to move on?

Hi & Assalamualaikum..



Just wanna share something with all of you who've been experienced of being dumped..cheated..heart-broken.. & etc.. I did all of these, & Alhamdulillah it works.. it's already more than a year.. & when i looked back & think about what happened before, Allah SWT had put me at a better place now.. so Good Luck dear friends.. ;)



1. Mohon kekuatan daripada Allah
Tips melupakan orang yang kita sayang ialah memohon kekuatan daripada Allah swt dalam menjalani kehidupan mendatang. Mohonlah Allah tunjukkan hikmah di sebalik perpisahan itu.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.”
[2:216]


2. Perbanyakkan solat sunat dan bacalah Al-Quran
“…..hanya dengan mengingati Allah hati akan tenang.” [Surah Ar-Rad:Ayat 8]
Hati yang terluka perlukan ubat. Mintalah Allah ubatnya kerana Allah pemilik setiap hati manusia. Ingatilah Allah kerana dengan mengingati Allah, hati kita akan menjadi tenang.


3. Terimalah kenyataan
Perkara paling penting ialah diri kita perlu menerima kenyataan. Terimalah kenyataan bahawa perpisahan sudah terjadi dan masing-masing sudah mempunyai haluan sendiri.
Sentiasa ingatkan diri bahawa dia bukanlah yang terbaik untuk kita dan yakinlah kita akan menemui insan yang lebih baik. Percayalah pada ketentuan jodoh. Jika dia memang tercipta untuk kita, dia pasti kembali kan?
Redhalah dengan ketentuanNYA.


4. Buang segala perkara tentang dia
Perkara ini memang perit untuk dilakukan tetapi inilah cara terbaik untuk melupakan seseorang yang kita sayang.
Buanglah segala perkara tentang dia. Buang nombor telefonnya, block Facebook dan apa sahaja medium yang membolehkan anda berhubung dengannya.
Jika sayang untuk membuat hadiah pemberiannya, simpanlah di dalam satu kotak dan sorokkannya di tempat yang jauh dari pandangan anda.
Kuatkan diri anda supaya tidak menghubunginya.


5. Sibukkan diri
Sibukkan diri anda dengan kerja dan kawan-kawan. Luangkanlah masa dengan perkara yang anda minati. Jangan biarkan diri anda bersendirian kerana anda akan merasa sunyi lalu mengingati kenangan-kenangan lalu.


6. Hindari semua perkara tentang dia
Cuba hindarkan semua perkara yang mengingatkan kita pada si dia . Contohnya, jangan pergi ke tempat makan yang selalu kita pergi bersama si dia. Jangan dengar lagu yang berkaitan dengan si dia. Kalau terdengar,cepat-cepatlah tutup radio tu.


7. Ceritakan masalah kepada orang yang dipercayai
Ceritakanlah masalah anda ini kepada orang yang anda percayai. Mintalah nasihat daripadanya dan mintalah sokongan daripada rakan-rakan anda supaya membantu anda keluar daripada masalah ini.Terakhir sekali,bantulah diri kita untuk keluar daripada kemelut ini. Jangan biarkan diri kita menderita kerana kenangan lalu. Buktikan padanya kita mampu hidup lebih baik tanpanya. Terimalah kenyataan dan percayalah luka itu akan pulih seiring waktu.



p/s: i know it's not easy.. it's never been easy.. but trust me, Allah SWT will never put you in the situation that you can't get through..sometimes He tested you as He loves you..He want you to return to Him.. i'm glad that i'm one of the luckiest people chosen by Allah SWT to go through this hardship.. i've learn a lot from my last mistakes.. losing the person i love one by one had remind me that, this life is too short.. people come and go..but the true one will always stay.. do not waste your time on people who don't deserve you.. and remember, Allah SWT is everything.. because we came from Him, & we will return to Him.. Prayer is the cure for a lost soul, confused mind and broken heart.. till then, take care people..have a nice day.. :)





Miss Honey © 2013 | Best Viewed with GOOGLE CHROME | Designed by ✿ n.i.e.y.x.z.h.a ✿