Hi & Assalamualaikum...
Entry pertama untuk tahun 2014..hehe.. yes.. a year older..lepas ni sesiapa tanya pasal umur, da kena jawab 25.. ehemm.. 25 tahun muda lagi kot? haha :P
Azam tahun ni? hmmm.. entahlah.. as listed below:
1. Nak jadi hamba Allah SWT yang baik.. semoga Allah SWT mengampuni dosa-dosa zaman khilafku.. kalau nak cerita, banyak tak terkira.. Astaghfirullahalazim.. terima kasih Allah SWT kerana masih menghidupkan diri ini.. beri kesempatan kepada diri ini utk bertaubat.. & tidak leka dengan keseronokan dunia.. :'(
2. Nak jadi anak yang baik kepada mama & abah.. mereka dah banyak berkorban membesarkan diri ini dari kecil hingga dewasa.. diri ini masih belajar & belum lagi dpt menyenangkan orang tua.. semoga diri ini dipanjangkan umur & dimurahkan rezeki untuk membalas jasa-jasa mereka.. amin..sayang mama abah sangat2.. :')
3. Nak cepat habiskan PhD.. nak siapkan labwork tahun ini.. insyaAllah by 2015 dah boleh start writing & viva.. by September 2015 target nak graduate.. nak attend banyak conference & buat more journal paper.. at least 3 for graduating PhD..Semoga Allah SWT permudahkan urusa pembelajaran ni.. demi mama abah.. & demi bakal suami juga.. insyaAllah naik stage konvo 2015 ada baby dalam perut.. sweet dok??hahaha.. manusia hanya mampu merancang.. Tapi perancangan tuhan tu kan lebih indah.. Kalau rezeki baby dalam belajar juga diterima.. tapi memandangkan labwork agak berisiko, InsyaAllah nak merancang dulu.. honeymoon 2 tahun..heeee... :D
4. Nak hidup bahagia.. ya.. semoga diri ini berjumpa dengan bahagia yang dicari-cari selama ini.. kepada bakal suami, jodoh yang telah Allah SWT tetapkan, semoga kita bahagia Lillahitaala..terima kasih kerana sudi menerima diri ini seadanya.. yang serba kekurangan.. yang tiada apa-apa keistimewaan.. ketahuilah utk sesuatu hubungan itu berjaya, cinta dan kasih sayang sahaja tidak mencukupi..paras rupa juga bukan ukuran.. hensem bergaya tidak menjaminkan syurga.. kaya & cerdik tidak jua menjamin kebahagiaan.. tanggungjawab, amanah kena jaga.. harus ada komitmen & saling bekerjasama..bertolak ansur, jujur dan setia.. ya.. SETIA.. cabaran masa kini memang sukar mencari lelaki yang setia.. tiada wanita lain dihatinya.. sesungguhnya diri ini beruntung bakal memiliki kamu.. diri ini sgt bersyukur kerana tidak perlu memikirkan kisah lalumu.. siapa yang pernah hadir di dalam hidupmu..siapa yang berada di fikiran kamu.. diri ini tidak perlu menanggung sakit di kemudian hari.. kerana hanya ada diri ini dihatimu sejak dulu..syukur.. semoga nanti kita susah senang bersama..ketawa bersama..menangis bersama.. jadi sahabat paling akrab dunia & akhirat.. redha Allah SWT yang kita perlu cari.. semoga ikatan yang bakal dibina hingga ke Jannah.. Semoga persiapan untuk hari bahagia kita berjalan lancar.. Amin..
5. Nak jadi insan yang baik kepada semua makhluk Allah SWT.. menjadi sahabat yang baik kpd mereka yang sy sayang.. teringin nak melancong bersama BFF.. semoga BFF saya dimurahkan rezeki, bahagia & dipermudahkan urusan walau dimana jua mereka berada.. amin.. :)
6. Nak melancong ke banyak tempat bersama suami & family.. yes.. i love travelling.. one of my dream is to travel to many places with my loved ones..oh ye.. kalau murah rezeki nak pergi rumah Allah SWT juga.. Amin.. :)
7. Seperti biasa seperti tahun-tahun sebelumnya, azam tiap kali tahun baru nak kurus..hahahahah.. tengah tahun lepas da berjaya kurus.. akhir tahun gemuk balik.. so tiap kali tahun baru azam tak menjadi...hahaha..hopefully sebelum menjelang majlis akad nikah & resepsi nanti sempat kurus.. nak slim pakai dress.. :D
8. Nak hidup cara sihat.. makan dengan sihat..exercise.. tapi kalau mmg jenis suka western food & buat desserts, cam mana tu? hehe
9. Nak sembuh dari sakit.. dah sebulan lebih.. risau pulak masuk ubat macam macam nanti effect buah pinggang.. nanti kita balik Ganu kita pergi buat rawatan alternatif pula ye.. :)
tu jelah kot.. nanti tambah lagi dalam list..hehe.. kbai.. (^_^)
this is me..
p/s: Allah SWT dah janji.. setiap duka pasti ada bahagia menanti.. and with every no, there's another opportunity.. how we live our life, it will reflects us back.. hidup ini karma.. what we do to other people, it will come back to us.. and take note that every experience Allah SWT gives us, every person He puts in our lives is the perfect preparation for the future that only He can see.. so just smile darling.. keep on moving forward & have an awesome life ahead.. :)