Sunday, August 21, 2011

~first time making TIRAMISU ~



hi & assalamualaikum..

baru ptg tadi aku mengomel xde mood nak masak, tetiba masuk je dapur ptg td mood memasak m'buak2..haha! itulah hakikatnya diri aku ini..kena ada booster sket baru la meletop2 perasaan hendak memasak itu..hihi..


aku mengidam nk mkn benda alah ni sgt2.... TIRAMISU...yup..one of my fav.. so, aku pon men'google' la kejap resipinya... & luckily, aku jumpa da most simplest recipe of tiramisu.. resepi yg mgunakan bahan yg agak mudah..but biasalah..aku suke modified based on bahan2 yg ada kat umah shj.. so, here wanna share the recipe with you.. (^_^)

Bahan-bahan:

  • biskut marie / roti/ kek span secukupnya (memandangkn kt umah xde kek span & biskut marie/jejari tiramisu, aku bantai guna roti..hahaha)
  • telur sebiji
  • whipping cream 1 cawan (250 ml)
  • 6 sudu besar gula
  • 2 sudu besar (rata) serbuk nescafe
  • sedikit esen vanilla
  • secawan air (suhu bilik)

Cara-cara:

  1. asingkan putih dan kuning telur
  2. pukul putih telur bersama 2 s/b gula sehingga kembang (bertanduk)
  3. Dalam mangkuk lain,pukul kuning telur bersama 2 s/b gula sehingga berkrim.
  4. Dalam mangkuk lain,pukul whipping cream bersama esen vanilla dan gula selebihnya sampai kembang (bertanduk). Boleh gunakan mesin pengadun yg sama tapi pastikan pukul putih telur, diikuti kuning telur dan whip cream.
  5. kemudian campurkan kuning telur dlm whip krim yg dah dipukul td, gaul rata tp mesti perlahan-lahan. Gunakan spatula atau senduk kayu. Kemudian masukkan pula putih telur, kaup balik sampai adunan sebati. jgn kacau lama sangat.
  6. Bancuh nescafe dgn 1 cwn air
  7. Celup roti dlm air nescafe, terus susun dlm mangkuk. roti tu aku potong petak2 empat segi. jgn rendam lama sgt sebab nanti roti jd tlalu lembik. celup sahaja tp mesti semua bahagian tercelup dlm air nescafe. jadikan 2 atau 3 layer untuk bahagian bawah (base)
  8. letak krim sikit, ratakan..
  9. Ulang langkah 7 & 8 sampai roti habis. Bahagian atasnya mestila diakhiri dgn adunan krim td..
  10. pastu korg hias la ngn serbuk koko di ats tiramisu tsebut..


tadaa..inilah rupa tiramisu tsebut.. :)



da messy tiramisu yg aku mkn..aku gelojoh..baru je letak dlm peti, x tunggu lama, terus aja mkn.. haha :P


bubye.. (^_*)

2 comments:

detkbell said...

ada nescefe? aku tak leh mkn!......

~Miss Honey~ said...

tiramisu mmg rase a little bit coffee plus sweet.. :D

Post a Comment

Miss Honey © 2013 | Best Viewed with GOOGLE CHROME | Designed by ✿ n.i.e.y.x.z.h.a ✿