Sunday, January 13, 2013

~Girl's Talk: Period~

Hi & Assalamualaikum.. 




What is period?? period is a time frame blablabla..haha..salah! today nak cakap pasal menstrual cycle..aka datang bulan.. or sakit org pompuan... heee.. bacaan ni sesuai utk semua remaja pompuan, bakal-bakal isteri, isteri orang, mak orang...pendek kata semua sesuai lah utk pompuan pelbagai lapisan umur..blog saya ni xdak laki baca kan?tapi xpe, if ada lelaki yg terbaca pon anggap la ni ilmu bagi anda utk memahami wanita dgn lebih lanjut..tambah tambah orang laki yg nak jadi suami org kan...  :P



so tadi google je.. da lama tinggal subjek biologi ni, makanya saya da x expert nak menerangkan bab menstrual cycle..haha.. ni la hasil google..jom tengok.. ;)




Mengenali Kitar Haid Wanita Apakah sebenarnya pusingan haid ini?



Ini adalah pusingan yang berlaku dalam rahim dan kilang ovari sebagai tindakbalas pada rangsangan hormon-hormon dari kilang pituitary dan ovary yang menghasilkan proses penetasan telur. Hari pertama datang haid sehingga sehari sebelum haid bulan berikutnya adalah dianggap sebagai satu pusingan. Jangka waktu pusingan haid antara 20 hingga 40 hari adalah dianggap normal. Kebanyakan wanita mempunyai pusingan 28 hingga 30 hari sahaja. Lebih singkat atau lebih panjang daripada waktu ini (20 – 40 hari) adalah dianggap luar biasa atau tidak teratur. Ini mungkin menandakan satu penyakit atau keadaan hormon tidak seimbang dan mereka adalah kurang subur.




Adakah pusingan haid wanita dikawal oleh hormon?



Pusingan haid wanita memanglah dikawal oleh hormon-hormon dari kilang pituitary , hormon-hormon FSH dan LH , manakala kilang ovarii mengeluarkan hormon-hormon oestrogen dan progesterone . Begitu juga dengan ciri-ciri serta sifat kewanitaan seperti rupa paras, kecantikan, kelembutan kulit dan lain-lain juga dikawal oleh hormon wanita iaitu oestrogen dan progesterone yang dikeluarkan oleh kilang ovari. Kilang pituitary pula mengeluarkan hormon-hormon gonadotrophin – FSH dan LH. Hormon hormon gonadotrophin ini bertindak kepada kilang ovari untuk mengeluarkan telor (ovum) dan kilang ovary pula mengeluarkan hormon-hormon oestrogen dan progesterone. Hormon-hormon oestrogen dan progesterone seterusnya akan bertindak pada selaput rahim. Ini adalah bertujuan untuk membuat persediaan bagi menghadapi kehamilan. Jika kehamilan tidak berlaku, selaput rahim akan gugur sebagai darah haid. Begitulah keadaannya setiap bulan kecuali bila berlaku kehamilan atau sesuatu penyakit menyebabkan gangguan dalam pusingan haid. Gangguan emosi seperti kesedihan akibat daripada kematian saudara-mara dan tekanan fisikal juga boleh mempengaruhi kawalan bagi pusingan haid.



Bagaimana cara menjaga kebersihan diri waktu haid?



Jagaan kebersihan faraj dan kawasan sekelilingnya pada waktu haid adalah penting bagi kesihatan dan maruah diri wanita. Untuk mengelakkan tompokan darah melekat pada pakaian, pakailah tuala wanita. Bagi gadis-gadis sunti saya nasihatkan jangan memakai tuala tampon yang dimasukkan ke dalam faraj sepert yang diamalkan oleh gadis-gadis barat, kerana ia mungkin boleh merosakkan selaput daranya. Ada kes yang dilaporkan di mana wanita yang menggunakan tampon didalam faraj mengalami penyakit yang digelar “tampon shock” akibat dari jangkitan kuman kerana lupa untuk mengeluarkan dan menggantikan tampon pada waktu tertentu dan ini boleh mengancam nyawa wanita berkenaan. Ada juga wanita yang membasuh saluran faraj dengan menggunakan antiseptic yang dicairkan sejurus selepas haid berhenti. Proses ini digelar dengan nama “douching”. Jika perlu melakukan douching, gunakanlah air suam panas dicampur dengan sedikit garam atau ubat antiseptik yang sangat cair. Douching hanya boleh dilakukan oleh wanita yang sudah kahwin sahaja, anak dara tidak dibenarkan kerana takut ia boleh merosakkan selaput dara. ‘Douching’ juga merupakan satu kaedah rawatan bagi penyakit jangkitan kuman dalam faraj. Setelah bersih dari haid setiap wanita diwajibkan mandi hadas besar untuk membolehkan ia melakukan amal ibadat.




Apakah yang dimaksudkan dengan taqwim haid?



Taqwim haid adalah catitan tarikh dan pusingan haid dalam buku catitan harian atau dairi. Ini adalah satu amalan yang baik dan banyak faedahnya dari segi penjagaan kesihatan dan hubungan suami isteri serta menentukan waktu subur dan tarikh bersalin jika ia hamil. Setiap wanita dalam umur subur (15-45 tahun) perlu mencatitkan tarikh dan jumlah hari haid mereka dalam dairi. Dari catitan ini banyak jenis gangguan dan penyakit boleh dikesan. Perbuatan ini mungkin dapat menyelamatkan wanita dari penyakit seperti barah. Bagi wanita yang hamil, catitan haid terakhir sebelum hamil adalah penting untuk menentukan umur kandungan dan juga untuk menganggarkan tarikh kelahiran bayi. Kebanyakan wanita masih belum sedar betapa mustahaknya taqwim haid. Kelalaian ini telah menimbulkan banyak kesulitan terutamanya pada kakitangan perubatan. Dalam pengalaman saya sebagai doktor pakar kesihatan wanita, kerapkali saya temui, wanita yang terlupa tarikh haid yang terakhir dan kiraan bagi umur kehamilan menjadi kurang tepat. Juga melalui catitan taqwim haid ini dapat ditentukan waktu subur ( antara hari ke-12 hingga hari ke-20 ). Ini amat mustahak untuk merancang kehamilan dan merancang jantina bayi. Taqwim haid juga boleh digunakan untuk menjauhkan kehamilan ( merancang keluarga ) dengan menggunakan kaedah waktu selamat (antara hari ke-8 hingga ke-11 dan hari ke-20 hingga ke-28 ).




Bagaimana kaitan haid ini dengan waktu subur ?



Wanita hanya keluar benih sekali dalam sebulan, benih perempuan atau ovum dikeluarkan oleh kilang ovari. Setiap wanita mempunyai sepasang ovari dan dalam hayat seseorang wanita ia boleh mengeluarkan lebih kurang 400 telur. Telur ini biasanya keluar pada hari ke empat belas dalam pusingan haid, jika pusingan haidnya merangkumi 28 hari. Waktu penetasan telor ini (ovulation), dikatakan waktu subur dan ia boleh berlaku diantara hari ke-11 hingga hari ke-20 dalam pusingan haid. Jika pusingan haid tidak teratur , maka sukar untuk menentukan bila waktu subur ( telur menetas ), mungkin juga ia tidak subur. Setiap wanita perlulah mempunyai pusingan haid yang teratur untuk meningkat peluang untuk hamil.



Terdapat beberapa tanda yang anda boleh kenalpasti waktu anda sedang mengalami ovulasi;




1. Perubahan mukus serviks.

mukus tersebut adalah cecair yang ada pada faraj wanita yang berfungsi untuk memudahkan dan mempercepatkan sperma bergerak masuk menuju ke tiub falopio untuk mensenyawakan ovum. apabila mukus anda jernih, anjal dan licin maka pada ketika itulah anda subur!




2. sakit pinggang

ia merupakan sakit pinggang yang ringan kepada sakit tajam menusuk. kadang kala dikenali sebagai sakit pinggang sebelah yang boleh berlanjutan dari beberapa minit kepada beberapa jam.




3. Rasa seksi dan suka memikat

Wah! pada ketika ini libido semakin meningkat, makin riang dan lebih bersosial. maknanya wanita lebih suka keluar rumah ke tempat-tempat yang boleh bersosial, bergurau dan cuba memikat (ops! bahaya tu! hihi..) lebih baik pikat suami sahaja ye kawan-kawan! =)




4. kelihatan bergetah!

pada ketika ini wanita cenderung untuuk lebih berhias daripada biasa! mereka juga lebih mementingkan kecantikan diri pada ketika ini.




5. Bau yang membuat lelaki GILA!

bau wanita ketika ini dapat menggoda lelaki kerana adanya feromon! feromon adalah bahan kimia yang membuatkan kita tertarik kepada pasangan..


Jom tengok video ni, which i found quite interesting..heee..hope you will understand better ;)



Tapi yang x bestnya time period ni terdapat macam-macam gangguan seperti:

1. Cramped pada perut bahagian bawah & vagina (selalu rasa...siyes sakit)

2. Pening kepala (selalu jugak...rasa x larat je.. )

3. Cepat merasa lelah (ni pon ada.. x penah tau pon simptom gangguan period ni wat kite jadi lelah..ingatkan saya da sakit kronik..haha.. :P)

4. Perut Kembung (ni selalu sgt da..tambah2 saya ada gastrik)

5. Perasaan Sensitif (mudah marah & tersinggung)- (yang ni tok sah duk cakap la.. benda kecik pon bley jadi isu besar...emo mcm syaiton merasukkk..hahahaha :P)

6. Gelisah, susah tidur (lately mmg kerap insomnia)

7. Payudara membengkak 

8. Sakit pinggang (ni mmg rasa mcm nak tercabut pinggang hoi! rasa xley nak bangun mcm xdak kaki..haha)


9. Perubahan nafsu makan (rasa mengidam nak makan mcm2..kadang-kadang pelik dgn diri sendiri..nafsu makan membuas..kehkehkeh..asyik lapo je keje.. :P)


10. Kurang darah (anemia)- (muka pucat ja..muka pon malas nk makeup.. & saya selalu bley rasa akan period melalui perubahan wajah.. bila nak period mesti rasa muka hodoh bila pandang cermin.. bila da terdetik rasa macam tu kat hati bila tgk cermin, insyaAllah la 1-2 hari period..haha.. this is true)


11. Sembelit (selalu je..even makan byk sayur pon xde effect..huhu)


12. Mual & muntah (jangan ingat org pregnant je mual & muntah..org period pun sama..haha)


13. Pertumbuhan jerawat bak johan...(ini adalah perkara biasa..kehkehkeh)


14. Pelupa (saya memang ada short term memory loss.. :P)


15. Sekejap sedih, sekejap gembira -macam gila pulak..haha.. :P (memang pon..mood akan berubah-ubah...hehe)




Dulu-dulu sejak dari awal period (umur 12 tahun) tak pernah saya rasa simptom-simptom gangguan ni..makin tua makin menjadi la pulak .. haha.. :p perubahan hormon + stress kot...huuuu





so, korang-korang especially lelaki jangan la pelik & hairan ye bila tgk kaum wanita mcm ni.. biasa-biasakan lah diri anda ye.. kaum wanita saling memahami..so bila kawan dia tu nampak emo je, da tau da dia period..hahaha.. tapi encik tunang saya pon da makin memahami perangai saya sekarang..kalau saya emo-emo mesti dia cakap, "nak period lah tu"... hahaha..comel je...




Pengalaman Saya Sendiri

Tragedi period yg maha dahsyat yang penah saya alami, mmg akan ingat sampai bila bila adalah masa form 5.. masa tu tgh rehearsal pelantikan pengawas.. baru 1st day pakai uniform pengawas sekolah.. mmg da tau da period.. & memang da pakai overnight pad (sila google jenis2 tuala wanita..haha) pon.. saya memang x tahan kalau pakai pad yang xde wing ke, ada wing tapi slim ke... possibility utk leaking sgt la tinggi..saya mmg kena pakai pad yg sebesar boleh..kalo boleh pampers mcm baby tapi saiz org dewasa..tapi nampak sgt lah pulak pakai pampers kan??kahkah..tapi ter overflow jugak..mana tau khennnn...pastu masa practise bangun & duduk, malas la nak angkat turun baju.. pastu lepas bangun duduk bangun duduk, terduduk lama dgr cikgu beri penerangan..sekali bila bangun balik ada orang tegur... "akak, penuh darah kat baju"...me: haaaa??? sambil tgk ke belakang badan.. ok..fine.. macam mana la nak buat ni..malu ada..segan ada...ramai kot budak pompuan yg tengok..nasib baik duk kat barisan pompuan je..haha.. dan dan je suh budak tu panggil mama kat belakang.. mama is the guru badan pengawas...muehehe.. cepat2 je dia suh angkat baju, masuk bawah kot..luckily have the kot to cover & kain sekolah warna gelap..so x nmpk sgt la kann.. pegi bilik mama terus gi basuh semua.. agak2 da tak nampk, pakai je basah basah pon..haha..boleh imagine x brapa banyaknya sampai tembus 4 lapisan (yg kecik, kain dalam, kain sekolah, baju sekolah)...ngeri ok...hahahaha..nasib baik tak terkantoi kat budak laki.. kalo x, mesti diri ini akan dihanjengkan sesuka hati..kahkahkah.. :P





& then today ada kisah best jugak.. xtau la nape nervous gila sepanjang hari..sbb exam punya pasal kot.. masa encik tunang & kawan dia dtg amek bawak pegi makan, dalam kete da rasa lain macam..cramped je perut..nak muntah..loya.. ni simptom biasa yg saya alami sebelum exam ke, interview ke sbb nervous yg melampau...hahaha..kalo ikutkan kebiasaan sebelum sebelum ni area 15 haribulan (perempuan yg dah biasa & punyai kitaran haid yg normal akan faham dia punya biological cycle sendiri, so diorang boleh agak & estimate bila next period)...busy study punya pasal mana terpikir pasal nak period hoi..bajet dtg bulan on time la 15 tu..hahaha... siap makan tgh hari, terus lepak kat surau faculty..study & discuss dgn kawan..then sembahyang.. before sembahyang tu rasa da lain macam..tapi saya yg jenis memang selalu ada keputihan (sila google lagi), so just ignore jela.. then, sebelum exam wajib buang air...hahaha..pegi pegi toilet je, oh mai god.. terperiod la pulak... mcm mana ni?? exam 15 min lagi??nak cekau mana pad?? aiyarrkkkk... masa tu rasa dugaan btul.. -_-'...tapi tawakal jela.. papepun jawab exam jela dulu.. berdoa sungguh-sungguh dalam hati supaya sejarah tidak berulang...kahkahkah...




Alhamdulillah, walau exam agak susah, plus saya dgn fikiran yg kacau bilau cuma sedaya upaya yg mungkin... harap-harap dapat B jela..hahaha..boleh??? my friend Steven pon ckp this subject killer..dia pun byk x dapat jawab.. redha jela..benda da lepas jangan dikenang...dah usaha kan..so doa+tawakal jela...InsyaAllah..hehe... 



so,ape pengalaman korang pulak? :)

No comments:

Post a Comment

Miss Honey © 2013 | Best Viewed with GOOGLE CHROME | Designed by ✿ n.i.e.y.x.z.h.a ✿