Friday, February 1, 2013

~ Jodoh ~

Hi & Assalamualaikum..



Today saya nak cakap pasal jodoh.. setiap orang telah ada jodoh masing-masing & telah ditetapkan oleh Allah SWT masa kita dalam kandungan ibu lagi.. even rezeki, berapa orang anak, bercerai atau pun tidak, semua dah ditentukan.. but we definitely don't know when, where & how it will happened...ada orang jodohnya cepat..ada orang jodohnya lambat.. ada orang elok cara pertemuan dgn jodohnya.. ada orang tidak.. ada orang kenal more than 5-8 years, bercinta bagai nak rak, tapi last-last kawen dgn orang lain..  ada orang bercinta sampai bertunang, last-last x jadi kawen...ada orang bercinta dgn orang lain, bertunang dgn orang lain & berkahwin pun dgn orang lain..ada orang kawen, then cerai & kawen dgn orang lain..ada orang tu dah bertunang, tunggu masa nak akad nikah je, tetiba tunang meninggal excident.. paling sedih, ada yang baru akad nikah, meninggal sbb excident  lepas majlis akad nikah (last 2 stories tu saya ada baca dalam newspaper).. sedih gila kot.. cuba bayang menda tu jadi kat diri kita.. xtau kuat ke tak nak terima dugaan macam tu.. Nauzubillah... macam-macam cerita kan..so, pasal soal jodoh ni, semua tu kita mmg tak tau bukan? we cannot expect what will happened in the future..sekarang tgh bahagia mmg la x rasa apa.. even kentut pun wangi *orang cakap lah..haha*.. cuba kalau gado @ dugaan melanda, dah clash, semua busuk..berdendam sampai mati.. x giteww??







Ternampak ada orang post kat FB hari tu.. This is definitely "Jodoh".. after 53 years kot baru kawen.. i guess pak cik & mak cik ni bercinta, putus tunang & then kawen ngan orang lain.. pastu pasangan masing-masing da xde, tetiba lepas 53 tahun setelah ber anak cucu bagai, terjumpa balik.. "eehh?? kau senah?? jom kawen?? " *bahahaha*



Saya tahu ramai lagi rakan-rakan saya sedang menunggu jodoh mereka.. ada yang ternanti-nanti "Prince Charming".. ada yg menanti 'Mr. Perfect'.. ada yang menanti 'Dream Guy'.. perempuan ni taste dia macam macam kot.. kadang-kadang x boleh nak expect..haha..ada yang jenis extreme sket, da siap tetapkan benchmark da  utk bakal suami dia.. bakal suami tu mesti hensem macam artis korea.. rambut ala-ala kpop.. kulit putih menggebu.. x hisap rokok.. pandai main gitar.. nak lelaki yang main gym badan berketak-ketak *eeeuuwww..saya geli..haha".. nak lelaki yg keje pakai uniform sbb nampak smart & hensem..stylo macam retissss.. berduit.. keje engineer.. doctor..ada jugak yg suka lelaki kulit sawo matang, macho katanya.. x mainlah yg putih melepak sbb nampak mcm gay...hahahaha..macam-macam lagi lah.. but 1 my advice for you girls, jangan terlalu berharap @ memilih @ menunggu that 'Prince Charming', 'Mr.Perfect' & 'Dream Guy' because they actually DON'T EXIST.. please realize that.. tak semua yang kita nak tu, kita akan dapat.. and nobody is perfect.. they just normal human being that will make mistakes also..kalo nak tunggu jugak, cerewet sangat, bila da jadi andartu nanti jangan nak menyesal uolllssssss.. :P
 


Dan saya juga tau ramai di kalangan kawan-kawan saya yang da bercouple lama, da masuk 4-8 years of relationship, still in just "BF-GF relationship" stage, are worried about her future.. tambah-tambah bila tengok lepas sorang-sorang kawan-kawan perempuan dia da bertunang, da nak kawen, da kawen, tengah pregnant or dah ada baby..bila bukak FB je naik dekat home page tu gambar bertunang or kawen kawan-kawan mesti ada monolog hati " Jelesnya tgk orang lain da bertunang..bilalah giliran aku.." or " sakit hatinya tgk orang bahagia.. bila aku nak bahagia macam mereka" or "eleh, over tayang-tayang gambar tunang..update status bahagia..geli geleman aku baca..baru tunang je pon" *sambil buat muka duckface*.. then, ada jugak yang jenis macam ni.. tgk gambar tunang kawan, terus taip SMS kat boyfriend.. "jelesnya tgk orang tunang & kawen. kita ni bile laa" *ayat merajuk berbaur meraih simpati dari boyfriend.. haha* atau pun. " you.sampai bile kita nak macam ni? xkan nak jadi kekasih je? bile u nak tunang ngan i? kawan2 i semua da tunang. i stress tau!!' kalau u x pinang i next month, kita putus *pasal geram & sakit hati tgk org lain da tunang & bahagia, boyfriend jd mangsa..haha*...  admit it girls.. . 
 
 
 if it's meant to be, it will be.. (^_^)
 
 
 
Nasihat saya to u girls, jangan get stress.. jangan get jealous.. hidup macam biasa..live life to the fullest.. let it happened naturally... x payah merancang sgt.. x pyh berharap sgt.. kalo mmg da tertulis jodoh awk dengan dia, xkan kemana nya..percayalah.. dan jangan paksa2 boyfriend anda.. sbb lelaki ni lagi dipaksa, lagi dorang x suka sebenarnya.. kecuali certain certain lelaki yg betul-betul takut kehilangan perempuan yang dia sayang tu, dia akan bertindak..jumpa parents perempuan tu.. suka datang umah family perempuan.. bawak family lelaki bertemu family perempuan.. setiap org da ditetapkan rezeki masing2.. kita kena sabar..terima qada' & qadar Allah SWT.. rezeki, ajal maut kita berbeza..sbb tu ade orang yg jodohnya awl, ada yang lambat.. perempuan suka lelaki yg komited dalam hubungan.. yg nampak masa depan.. yang nampak flow hubungan tu sampai ke tahap mana.. 
 
 
 
Perempuan akan bosan menunggu & menganggap lelaki tersebut tidak serius dalam hubungan mereka jika lelaki mengelak  bila cakap bab pertunangan or perkahwinan.. sebab tu ada perempuan yg akan tinggalkan lelaki even bertahun-tahun couple sbb penat menunggu lelaki bertindak & lebih rela mengikut aturan keluarga.. dan ada juga lelaki yg akan mengelak bila anda bercakap keseriusan dalam perhubungan (getting engaged @ married).. ada banyak sebab.. pertama, lelaki tersebut belum stabil..mungkin belum bersedia dari segi kewangan mahupun karier.. kedua, lelaki tersebut belum bersedia untuk berkomitmen.. maksudnya dia nak enjoy single life dulu, kumpul duit, beli kereta idaman.. nak enjoy flirting with many girls as he can while single..then baru pilih yg terbaik utk jadi bini.. ada jugak yg flirt ngan perempuan x brape baik, tapi ada girlfriend yg baik wat simpanan utk jadi bini.. ada okay..guys like this exist & i've met few of them..  depan girlfren bukan main baik, girlfren pula baik sangat-sangat (ada yg alim lagi) duk percaya kat boyfren 100%, tapi kat belakang girlfren duk flirting ngan berpuluh-puluh perempuan..skandal sana..skandal sini..lelaki ni suka bila dia rasa dia ni "hot guy".. dikejar-kejar perempuan.. please admit it guys! lagi x malu boyfren dia kaki kikis duit perempuan.. pinjam duit ngan perempuan lain, then bawak girlfren dia pegi dating.. hahaha.. ada juga lelaki yang mengelak bila girlfren ajak utk serius sbb maybe dalam hati lelaki tu ada seseorang yg istimewa bertakhta di situ..anda mungkin x tahu girls..tapi ini mungkin terjadi.. mungkin si lelaki sukar melupakan ex-girl or mencintai seseorang yg x mungkin menjadi milik dirinya.. mungkin si lelaki berbelah bahagi or takut tersalah buat keputusan.. tambah tambah bila si lelaki mengemukakan pelbagai alasan.. menolak or jarang mahu bertemu keluarga perempuan..this is true story girl.. sebab tu perempuan, jangan mudah percaya.. lelaki sukar utk setia apatah lagi bila perhubungan jarak jauh..bila anda ajak bertunang @ kahwin, mesti mcm2 alasan dia bagi..or mesti dia memberi janji manis utk memujuk.. "nanti kita xyah tunang2..kita kawen je terus.. abang bg 20K kat sayang ehh?" bahahaha..well, pompuan kan senang cair & mudah dipujuk.. hehe.. nasihat saya, please get rid from this type of guy.. coz actually you deserved a better person.. :)


 
Kalau ada orang tanya saya, best x jadi tunang orang?? saya akan jawab "Biasa je".. sbb for me it just a relationship between GF & BF tapi dah naik satu level which semua org tau, especially all family member & other guys x boleh pergi masuk meminang perempuan itu.. that's all.. batas pertunangan masih sama mcm jadi GF-BF.. so korang xyah la rushing2 sgt okehh.. nanti banyak benda terbatas nak buat.. pegi mana mana kena bgtau.. nak flirt pon da x boleh... bahahaha.. :P Honestly, even dalam stage bergelar 'tunangan orang' ni pun saya takut.. macam-macam boleh terjadi.. but i'll just move according to the flow.. selagi tidak terlafaznya "Ijab & Kabul" itu, selagi tiada "Akad Nikah", selagi itu saya tidak akan berharap 100%, mempercayai 100%, setia 100%, dan sayang 100%.. itu prinsip saya..sebab andai kata Allah SWT tetapkan  tiada jodoh antara kami, saya tidak akan terlalu kecewa @ berpatah arang @ frust menonggeng... apa-apa pun benda ni semua, it actually will come naturally.. seriously.. bila kita berharap sangat, kadang-kadang benda tu payah nak dapat & jadi.. baik kita redha sahaja & biar masa yg tentukan.. macam kisah engagement saya hari tu.. *refer previous entry ok*



And kadang-kadang tu, in our life, we met someone that we feel like they are our soulmate.. mcm minat sama.. hobi sama..perangai lebih kurang sama.. even we can be ourselves when met each other..pastu macam ada telepati..bila kita rindu dia, ehhh, tetiba msj dari dia masuk.. wahh!! jodoh aku ni.. *exaggerated semacam* .. but it's like impossible for you to be with them.. i always asked myself.."I don't understand why destiny allowed some people to meet, when there's no way for them to be together..." *sigh isn't it??*
 
 
 
i think this quote is quite true.. yes.. there will be one guy that always be in a girl's heart..
the one she can't forget forever.. :)

  

But then i know & realized that Allah SWT is the best planner.. He knows what is the best & what suits me well..setiap Qada' & Qadar yang Allah SWT tetapkan, kita kena redha.. walau apa pun yang terjadi, kita kena belajar utk menerima & redha.. ada hikmah & sebab di atas setiap yang berlaku dalam hidup kita.. kadang-kadang, mula-mula hidup kita susah..mana tau tetiba jadi jutawan? kadang-kadang kita kerja cabuk je, tapi sbb kita ikhlas Allah SWT nak bagi rezeki yang x disangka, mana kita tau kan? tak kira la dalam urusan jodoh, kehidupan seharian, malah rezeki sekalipun.. 
 
 
 
 
So, I just can pray that semoga segala urusan hidup, rezeki, this jodoh thing will end in a good way.. & insyaAllah will live happily everafter, here & hereafter until Jannah..saya tidak mengharapkan seorang lelaki yang Alim untuk jadi imam saya.. cukup sekadar yang boleh membantu & membawa saya ke syurga.. saya banyak sgt kelemahan.. & saya cuma berharap si dia akan menerima saya seadanya.. :)



♥ Allah S.W.T berfirman :
 
 "Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik... (an-Nur:26)
 

♥ Dalam erti kata lain :

Siapa pasangan kita adalah siapa diri kita...
 
 
Wallahualam..

No comments:

Post a Comment

Miss Honey © 2013 | Best Viewed with GOOGLE CHROME | Designed by ✿ n.i.e.y.x.z.h.a ✿