Sunday, August 4, 2013

~ Sandiwara~

Hi & Assalamualaikum..



Terasa sakit hati ini bila menyedari hakikat yang selama ini diri ini ditipu hidup-hidup oleh seseorang.. Terlalu perit sebenarnya sbb kita sayang dia seikhlas hati.. Terima kasih Allah SWT kerana telah menunjukkan kebenaran ini.. Walaupun pahit, aku terima dengan redha.. aku tahu ada hikmah disebalik apa yg terjadi.. Teganya dirimu kerana telah mempermainkan aku sedangkan aku percaya & selalu bersangka baik padamu.. Aku yang selalu mendoakanmu walau dari jauh.. Aku yang tak pernah lupa pada dirimu walau satu hari pun aku lalui hidup ini..Tak sangka.. kerana bukan sedikit memori yg terukir dalam hidup kita.. terlalu banyak.. segala rahsia tentang dirimu yang tiada orang lain tahu, aku tahu.. segala rahsia tentang diriku, engkau yg paling byk tahu.. 






Kalau aku tahu engkau ada Dia, aku xkan berpaling dan akan terus melangkah.. Tapi kenapa cari aku kembali kalau sekadar hanya untuk menyakiti diri ini? mempermainkan diri ini? kenapa tidak pernah kau beritahu yang Dia wujud dalam hidup kau? kalau aku tahu dari awal kau ada Dia, tak ingin aku peduli & fikirkan dirimu lagi.. tak ingin aku berjumpa dengan kau lagi.. Aku ini apa? Sekadar penambahan dalam koleksi perempuan kau? 







Kepada kau perempuan..kasihan kau ditipu hidup-hidup.. dan engkau masih percaya pada lelaki ini.. Banyak yang engkau tidak tahu mengenai dirinya seperti mana yang aku tahu.. Ada sesetengah perkara yang dia masih tidak berterus terang dengan engkau.. mungkin kau bahagia sekarang dengan sandiwara yang dilakonkan oleh beliau.. tapi seandainya kau tahu hakikat yang sebenar, engkaulah yang akan jatuh tersungkur dan derita sepanjang hayat.. namun, jika lelaki seperti ini jua pilihanmu, maka terimalah segala penderitaan yang bakal terjadi.. sebab engkau tak tahu.. lelaki ini hatinya senang berubah & tidak tetap.. & sukar utk setia dengan yang satu.. kerana tanpa pengetahuanmu, dia juga mempunyai ramai simpanan dan koleksi wanita.. dan bersedia jugalah engkau utk ditinggalkan satu hari nanti.. mungkin bukan sekarang..mungkin akan datang.. Hidup ini Karma.. What Goes Around Comes Around.. Semoga Kau Berdua bahagia.. and guess what?? A Jerk perfect A Bitch so much.. That's why u both belong together.. ;)







Allah SWT.. kuatkan aku dan tabahkan aku untuk menghadapi dugaan yg amat berat ini.. Aku hanya insan lemah yang sedang diuji.. yang dianiaya & terperangkap dalam permainan manusia.. Sesungguhnya hanya Engkau yang memahami dan mengerti perasaan aku.. Hanya Engkau yang tahu apa yg terbaik utk diriku.. Aku redha Ya Allah SWT..  Biarlah hanya Engkau yang membalas apa yg orang lain lakuakn terhadapku.. Aku serahkan segalanya kepadaMu.. Hanya Engkau Yang Berkuasa di atas segala sesuatu..  :')






p/s:Agak-agak kalau publish novel dengan penulisan mcm ni laku x?hehe.. 








No comments:

Post a Comment

Miss Honey © 2013 | Best Viewed with GOOGLE CHROME | Designed by ✿ n.i.e.y.x.z.h.a ✿